PRK Sungai Kandis: Wan Azizah rayu pengundi keluar mengundi
Bernama
Ogos 4, 2018 15:52 MYT
Ogos 4, 2018 15:52 MYT
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merayu pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis keluar menunaikan tangungjawab bagi memilih wakil rakyat kawasan itu.
Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR berkata ini berikutan peratusan keluar mengundi sehingga tengah hari ini hanya mencapai 31 peratus.
"Saya difahamkan kehadiran pengundi setakat jam 1 tengah hari hanya mencapai 31 peratus.
"Cuaca diramalkan hujan pada sebelah petang. Saya merayu supaya pengundi turun menunaikan tanggungjawab segera," katanya menerusi Twitter hari ini.
SPR sebelum ini menyasarkan 80 peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.
PRK itu menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni dengan calon BN, Datuk Lokman Noor Adam dan calon Bebas, K. Murthy.
-- BERNAMA
#K Murthy
#keluar mengundi
#Lokman Noor Adam
#Mohd Zawawi Ahmad Mughni
#N49
#pilihan raya kecil
#PKR
#sungai kandis
#Wan Azizah