PRK Sungai Kandis: 19 pusat pengundian dibuka
Astro Awani
Ogos 4, 2018 09:29 MYT
Ogos 4, 2018 09:29 MYT
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis menyaksikan sebanyak 19 pusat pengundian dengan 109 saluran dibuka sejak 8 pagi tadi.
Ia melibatkan 18 buah sekolah dan sebuah dewan orang ramai akan ditutup pada pukul 5.30 petang.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan 80 peratus dari 51,217 pemilih berdaftar keluar mengundi pada PRK ini.
Proses penjumlahan undi akan dilakukan di Dewan Besar Tanjung, Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 19 dan keputusan dijangka diumumkan pada pukul 10 malam.