Calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Limau, di sini.
Beliau tiba di pusat mengundi itu pada kira-kira 8.35 pagi ini dengan ditemani bapa dan ibunya Mohd Zohdi Abdullah, 72, dan Fatona Saimin, 62, yang turut mengundi di pusat mengundi yang sama.
Bagaimanapun, isteri beliau Norma Aida Abdullah yang turut menemani tidak mengundi kerana bukan pemilih berdaftar di Sungai Besar.
"Saya harap peratusan yang keluar mengundi akan ramai kerana hari ini cuaca dilihat baik berbanding semalam yang hujan sepanjang hari," katanya kepada pemberita selepas selesai mengundi.
Budiman, 44, turut memaklumkan beliau akan meninjau kesemua tempat mengundi bagi melihat proses pengundian dan turut memuji kelancaran proses pengundian yang dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Calon BN itu turut yakin BN mampu meningkatkan jumlah undi di beberapa kawasan yang dianggap kubu kuat pembangkang serta berjanji akan menggalas tugas sebaiknya sekiranya diberi mandat oleh rakyat kawasan Sungai Besar.
Tiga saluran mengundi disediakan kepada 1,265 pengundi di sekolah berkenaan yang merupakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) bagi kawasan Sungai Limau, melibatkan Melayu (1,219/96.36 peratus), Cina (41/3.24 peratus), India (3/0.24 peratus) dan kaum Bumiputera (2/0.16 peratus).
Sebanyak 28 pusat mengundi dengan 90 saluran untuk PRK Parlimen Sungai Besar dibuka mulai 8 pagi ini dan akan ditutup 5 petang bagi membolehkan 42,365 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.
Suasana pengundian pagi ini tenang dan kebanyakan pengundi mengambil peluang untuk keluar awal menunaikan tanggungjawab mereka kerana bimbang berikutan Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat pada sebelah petang.
Penyokong dan perayu undi daripada parti-parti bertanding juga kelihatan berkumpul secara harmoni di bahu jalan, kira-kira 50 meter dari pekarangan pusat mengundi.
Sementara itu, calon Parti Amanah Negara Azhar Abdul Shukur ketika ditemui pemberita juga berharap pengundi keluar awal, khususnya bagi pengundi dari kawasan pedalaman.
"Suasana hari ini seperti hari raya, menang kalah cerita kedua ... suasana bagus, sepanjang perjalanan kempen kita tengok semua bagus, tidak tegang, harmoni," katanya.
Bernama
Sat Jun 18 2016
![PRK Sungai Besar: Budiman mengundi di SK Sungai Limau PRK Sungai Besar: Budiman mengundi di SK Sungai Limau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/71466218615_BudimanMohdZohdi.jpg)
Budiman menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Limau. -foto Bernama
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
[TERKINI] Sidang media khas FAM
FAM adakan satu sidang media khas petang nanti, difahamkan berkaitan rombakan. Kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
![Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721113188_DonaldTrump.jpg)
Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh
Donald Trump menghadiri Konvensyen Kebangsaan Republikan pada malam Isnin, penampilan umum pertamanya sejak terselamat daripada cubaan bunuh.
![Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715148599_wismaputra.jpg)
Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat
Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
![Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112073_PangonHarimauMal.jpg)
Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya
Kim Pan-gon memiliki rekod yang cukup baik bersama Malaysia, menjadi pengendali Harimau Malaya paling banyak mendapatkan keputusan yang positif sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
![Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112865_FahmiFadzil.jpg)
Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa
Kementerian Komunikasi hari ini mengumumkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30.
![Messi harap cepat pulih daripada kecederaan Messi harap cepat pulih daripada kecederaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719647184_LionelMessi.jpg)
Messi harap cepat pulih daripada kecederaan
Kapten Argentina, Lionel Messi berharap agar beliau cepat pulih daripada kecederaan buku lali yang dialaminya perlawanan akhir Copa America.
![MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721105894_AhmadZahidHamidi.jpg)
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).
Saya akan rindu bau durian - Kim Pan-gon
Menurut Kim Pan-gon, beliau akan tetap bangga dengan pasukan bola sepak Malaysia walaupun dimana beliau berada.
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
![KLWBC 2020: Budiman dan buku sebagai teras survival masyarakat KLWBC 2020: Budiman dan buku sebagai teras survival masyarakat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/71590722012_KLWBCBudimanHamk.jpg)
KLWBC 2020: Budiman dan buku sebagai teras survival masyarakat
Budiman aktif dalam politik tetapi sekaligus pecinta buku dan memahami dunia perbukuan sebagai aktivis dan operator korporat.
![Kerajaan Selangor digesa segera hentikan polemik dengan FAS Kerajaan Selangor digesa segera hentikan polemik dengan FAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81439912179_BudimanMohdZohdi.jpg)
Kerajaan Selangor digesa segera hentikan polemik dengan FAS
Kerajaan Selangor perlu mengambil kira perasaan rakyat negeri itu kerana bola sepak merupakan sukan yang paling diminati oleh rakyatnya.
![Berbahaslah dengan berhemah - Budiman Berbahaslah dengan berhemah - Budiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/41447413933_BudimanMohdZohdi.jpg)
Berbahaslah dengan berhemah - Budiman
Sikap pembangkang di Dewan Rakyat sangat dikesali kerana mempertikaikan keputusan yang dibuat Speaker.
![Jamal dan Irmohizam tiada dalam senarai calon MB Selangor Jamal dan Irmohizam tiada dalam senarai calon MB Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/81512735922_JamalYunos.jpg)
Jamal dan Irmohizam tiada dalam senarai calon MB Selangor
Hanya tiga nama disenaraikan sebagai calon menteri besar Selangor sekiranya BN merampas negeri itu pada PRU14.
![#PAU2017: 5 cara hebat politik tanpa perlu mengampu! #PAU2017: 5 cara hebat politik tanpa perlu mengampu!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/71512474328_BudimanMohdZohdi.jpg)
#PAU2017: 5 cara hebat politik tanpa perlu mengampu!
Tips lima cara untuk menjadi hebat dalam politik tanpa perlu mengampu.
![Zaid Ibrahim biadap pertikai titah Sultan Selangor - Budiman Zaid Ibrahim biadap pertikai titah Sultan Selangor - Budiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/41447413933_BudimanMohdZohdi.jpg)
Zaid Ibrahim biadap pertikai titah Sultan Selangor - Budiman
Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi menyelar kenyataan balas anggota DAP, Datuk Zaid Ibrahim terhadap titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
![Azmin Ali Terus Sekat Kebebasan Memilih, Bersikap Kuku Besi Azmin Ali Terus Sekat Kebebasan Memilih, Bersikap Kuku Besi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81439912179_BudimanMohdZohdi.jpg)
Azmin Ali Terus Sekat Kebebasan Memilih, Bersikap Kuku Besi
Jelas sekali pentadbiran kerajaan negeri di bawah Azmin Ali menafikan kebebasan memilih dan tidak bersikap terbuka dalam penyampaian maklumat menerusi pilihan akhbar yang ada di pasaran.
![Budiman dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Pembaharuan Dasar Buku Negara Budiman dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Pembaharuan Dasar Buku Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/71499771559_BudimanMohdZohdi.jpg)
Budiman dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Pembaharuan Dasar Buku Negara
Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan komited untuk memperbaharui Dasar Buku Negara demi merealisasikan wawasan Transformasi Nasional 2050 (TN50).
![Penerbit, penulis dan karyawan sambut baik saranan perbaharui Dasar Buku Negara Penerbit, penulis dan karyawan sambut baik saranan perbaharui Dasar Buku Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/61489823157_Buku.jpg)
Penerbit, penulis dan karyawan sambut baik saranan perbaharui Dasar Buku Negara
Saranan Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi supaya kerajaan memperbaharui Dasar Buku Negara (DBN) mendapat sokongan penulis, penerbit buku dan karyawan.
![Budiman Mohd Zohdi dilantik pengerusi baharu ITBM Budiman Mohd Zohdi dilantik pengerusi baharu ITBM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/41447413933_BudimanMohdZohdi.jpg)
Budiman Mohd Zohdi dilantik pengerusi baharu ITBM
Anggota Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah ITBM yang baharu berkuat kuasa Rabu (9 Nov) bagi menggantikan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.