PRK Semenyih: 'Awalnya susah tapi sekarang boleh menang' - Redzuan
Irwan Muhammad Zain
Februari 26, 2019 20:02 MYT
Februari 26, 2019 20:02 MYT
Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusuf yakin calon Pakatan Harapan Muhammad Aiman Zainali boleh memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Sabtu ini.
Menurut Redzuan, keyakinan beliau itu berdasarkan analisa yang dibuatnya sepanjang tempoh kempen PRK itu.
“Pendapat saya, saya punya analisa kalau sebelum ini saya rasa susah tapi pada hari ini ada memberi cahaya saya rasa, InsyaAllah, we will make it (akan dapat lakukannya),” katanya dalam Bicara Minda di Sinar Harian di sini hari ini.
Redzuan pada mulanya terdiam seketika apabila soalan mengenai peluang Pakatan Harapan untuk menang di PRK DUN Semenyih ditanya oleh moderator, Tan Sri Johan Jaafar dalam program Bicara Minda.
Menjawab soalan mengenai PRK DUN Rantau pula, Redzuan berkata beliau belum sempat membuat penilaian terperinci dan tidak dapat menjawabnya secara tepat buat masa ini.
Ditanya Johan mengapa beliau menampilkan dua versi jawapan bagi Semenyih dan Rantau, Redzuan berkata, banyak kriteria yang perlu diperhalusi sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
#Bersatu
#Malaysia
#Mohd Redzuan Md Yusuf
#Muhammad Aiman Zainali
#Pakatan Harapan
#semenyih memilih