PRK Sandakan: Anak mendiang Stephen Wong diumumkan calon PH

Ridzal Abdullah
April 25, 2019 16:17 MYT
Berpengalaman dalam bidang politik. - Foto Astro AWANI
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mengumumkan anak mendiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen (P) 186 Sandakan.
Menurut Shafie, Vivian Wong Shir Yee, 30 tahun, dari DAP diletakkan sebagai calon kerana beliau memiliki pengalaman dalam bidang politik.
"Vivian selalu mengikuti ayahnya ke mana-mana sahaja. Jadi dia tahu pasal Sandakan," kata Mohd Shafie ketika Program Town Hall dan pengumuman calon PRK Sandakan, di Sandakan, pagi ini.
Beliau meminta orang ramai agar menyokong Vivian termasuk ahli parti Warisan dalam PRK nanti.
Sementara itu, Vivian ketika berucap berkata, beliau akan fokus dalam pembangunan Sandakan.
Katanya, dia juga berterima kasih kerana dipilih sebagai calon.
PRK Sandakan akan diadakan pada 11 Mei dan setakat ini tiga calon bebas sah akan bertanding.
Barisan Nasional dan UMNO tidak akan bertanding dalam PRK ini.
#berita politik #calon ph sandakan #Mohd Shafie Apdal #pilihan raya #PRK #PRK Sandakan #PRK Sandakan Vivian Wong calon PH #Sandakan memilih #Stephen Wong Tien Fatt #vivian calon ph #Vivian Wong #Vivian Wong Shir Yee #Wong Shir Yee
;