PRK: Saingan tiga penjuru di Parlimen Pulai

Sinar Harian
Ogos 26, 2023 11:30 MYT
Dari kiri: Suhaizan, Samsudin dan Zulkifli yang diumumkan sebagai calon PRK Parlimen Pulai. -Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Parlimen Pulai menyaksikan pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan berlangsung 9 September nanti.
Pakatan Harapan (PH) meletakkan bekas speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Suhaizan Kayat, manakala Perikatan Nasional (PN) Zulkifli Jaafar.
Selain itu, calon Bebas pula adalah Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL), Samsudin Mohamad Fauzi.
Nama-nama calon berkenaan diumumkan Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya bagi PRK P161 Parlimen Pulai, Miswan Yunus.
Terdahulu, Miswan mengumumkan SPR menerima kertas pencalonan daripada tiga calon berkenaan dengan tiada pencalonan yang ditolak di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru. -Sinar Harian
#pilihan raya kecil #PRK Parlimen Pulai #Suhaizan Kayat #Zulkifli Jaafar
;