JOHOR BAHRU: Sebanyak 87 peratus daripada 927 anggota dan pegawai polis telah menunaikan kewajiban mengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai, setakat 3 petang hari ini.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak dua pusat mengundi awal iaitu Balai Polis Kempas dan Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua di Tampoi, yang mempunyai tiga saluran telah dibuka serentak bermula 8 pagi tadi.
Bagaimanapun pusat pengundian awal di Balai Polis Kempas yang hanya mempunyai seramai 46 pengundi telah ditutup pada 12 tengah hari tadi, manakala Markas PPM Wilayah Dua yang dijadikan pusat pengundian awal bagi 881 orang, dijadual akan ditutup pukul 5 petang ini.
Cuaca di kedua-dua tempat pengundian awal adalah cerah, namun Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan hujan di kawasan tersebut petang nanti.
Turut meninjau proses pengundian awal hari ini ialah Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh, Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat serta ketiga-tiga calon bertanding iaitu Suhaizan Kaiat (Pakatan Harapan), Zulkifli Jaafar (Perikatan Nasional) dan calon Bebas, Samsuddin Mohamad Fauzi.
PRK Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.
Bagaimanapun, tiada pengundian awal bagi kerusi DUN Simpang Jeram.
PRK Parlimen Pulai bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Suhaizan, Zulkifli dan Samsudin.
SPR menetapkan hari pengundian bagi kedua-dua kerusi tersebut pada Sabtu ini, selepas tempoh berkempen yang bermula pada 26 Ogos lepas, berakhir pada 11.59 malam, 8 Sept.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 05 2023
![PRK Pulai: Sebanyak 87 peratus keluar mengundi awal setakat 3 petang PRK Pulai: Sebanyak 87 peratus keluar mengundi awal setakat 3 petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693898738_MENGUNDIAWAL.jpg)
Anggota polis menunaikan tanggungjawab dengan mengundi awal pada Pilihan Raya Kecil P.161 Parlimen Pulai di Pusat Mengundi Balai Polis Kempas hari ini. - Foto Bernama
53 wilayah Thailand dilanda pencemaran debu halus
53 wilayah di Thailand dilanda pencemaran debu halus tahap berbahaya kepada kesihatan pada pagi Khamis menurut Agensi Pembangunan Teknologi Geo-informatik dan Angkasa (Gistda).
Puteri Thailand anugerahkan kain diraja rekaan sendiri
Puteri Sirivannavari Nariratana Rajakanya berkenan menganugerahkan kain diraja "Siriraj Phasthra Phorn" yang direka oleh baginda sendiri kepada penenun dan artisan tempatan.
Galakkan digitalisasi usahawan wanita asia tenggara - Setiausaha Agung ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr. Kao Kim Hourn menggalakkan digitalisasi usahawan wanita di asia tenggara yang sering beri tumpuan kepada isu sosial yang diabaikan usahawan lelaki.
![BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739439422_LeongJunHaoYMar.jpg)
BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan
Buat pertama kali sejak Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) diperkenalkan Malaysia gagal melepasi peringkat kumpulan dan layak ke suku akhir.
Timbalan Menteri Luar Malaysia-Indonesia bincang kemajuan dua hala
Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin bertemu rakan sejawatnya, Arif Havas Oegroseno bagi membincangkan kemajuan kerjasama dua hala.
Malaysia-Indonesia perkukuh kerjasama pertanian, keterjaminan makanan
Malaysia dan Indonesia berhasrat untuk terus memperkukuhkan kerjasama dua hala serta serantau dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan, menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Malaysia terus ikhtiar jadikan negara destinasi pelaburan menarik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan terus mencari iktiar untuk menjadikan negara sebagai destinasi menarik kepada pelabur.
Tarif AS: Indonesia cari cara pelbagaikan pasaran
Risiko pergolakan perdagangan global menjadikan Indonesia mengambil sikap yang terukur, sementara ia terus mencari lebih banyak perjanjian perdagangan dan mengetatkan perlindungan bagi pengeluar tempatan daripada import murah yang dibuang dalam pasarannya.
Minyak sawit: CPOPC ramal pertumbuhan sederhana dalam pengeluaran
Walaupun pengeluaran Indonesia dijangka pulih, faktor seperti hasil yang tidak stabil dan menurun, peningkatan bilangan pokok kelapa sawit tua dan tidak produktif, dan kadar penanaman semula yang rendah berkemungkinan menghasilkan pertumbuhan kecil dalam pengeluaran minyak sawit.
Kem. Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli tahun ini – Rafizi
Rafizi berkata ini seiring dengan hasrat kerajaan untuk merangsang sumbangan gas asli bernilai RM52 bilion kepada pertumbuhan ekonomi menerusi pelan hala tuju itu.
![Selesai rakam keterangan, Muhyiddin tersenyum, tunjuk tanda bagus Selesai rakam keterangan, Muhyiddin tersenyum, tunjuk tanda bagus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694498092_MuhyiddinYassin.jpg)
Selesai rakam keterangan, Muhyiddin tersenyum, tunjuk tanda bagus
Polis selesai merakam keterangan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kenyataannya bahawa haram mengundi calon PH.
![PRK Pulai: Enam kali kalah, sebab Pas sukar diterima di Johor - Suhaizan PRK Pulai: Enam kali kalah, sebab Pas sukar diterima di Johor - Suhaizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694275193_SuhaizanKaiat.jpg)
PRK Pulai: Enam kali kalah, sebab Pas sukar diterima di Johor - Suhaizan
Suhaizan menyifatkan, kekalahan enam kali beliau sebelum ini yang bertanding atas tiket Pas, adalah kerana parti itu sukar diterima di Johor.
![PRK Pulai: 'Orang kepercayaan' Salahuddin menang majoriti lebih 18,000 PRK Pulai: 'Orang kepercayaan' Salahuddin menang majoriti lebih 18,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694269001_TBSUHAIZANKAYAT.jpg)
PRK Pulai: 'Orang kepercayaan' Salahuddin menang majoriti lebih 18,000
Ini merupakan percubaan kali ketujuh Suhaizan dalam pilihan raya, sekali gus 'menamatkan kemarau' kemenangan beliau.
![[TIDAK RASMI]: 2-0, PH mendahului di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram [TIDAK RASMI]: 2-0, PH mendahului di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81640175701_SuhaizanKayatSpea.jpg)
[TIDAK RASMI]: 2-0, PH mendahului di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram
Keputusan tidak rasmi menyaksikan Pakatan Harapan (PH) berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung pada Sabtu
![PRK Pulai: Hiasan kedai kreatif, barang 'vintage' tarikan di Bazar Karat JB PRK Pulai: Hiasan kedai kreatif, barang 'vintage' tarikan di Bazar Karat JB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694159793_BazarKarat.jpg)
PRK Pulai: Hiasan kedai kreatif, barang 'vintage' tarikan di Bazar Karat JB
Kalau nak cari 'baju Johor', Bazar Karatlah tempat perlu dituju.
![PRK Pulai: 135 laporan diterima, empat remaja antara yang ditangkap - Polis PRK Pulai: 135 laporan diterima, empat remaja antara yang ditangkap - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694184534_TBkamarulzaman.jpg)
PRK Pulai: 135 laporan diterima, empat remaja antara yang ditangkap - Polis
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak enam kertas siasatan dibuka setakat ini.
![PRK: Bukan masa untuk protes, pulanglah mengundi - Ahmad Maslan PRK: Bukan masa untuk protes, pulanglah mengundi - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694080809_AhmadMaslan.jpg)
PRK: Bukan masa untuk protes, pulanglah mengundi - Ahmad Maslan
Semua pengundi luar kawasan bagi PRK Pulai dan Simpang Jeram digesa untuk pulang bagi menunaikan tanggungjawab mereka.
![PRK Pulai: Orang Asli Kampung Bakar Batu mahu nelayan dibela, kediaman baharu PRK Pulai: Orang Asli Kampung Bakar Batu mahu nelayan dibela, kediaman baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693985418_PRKPulai.jpg)
PRK Pulai: Orang Asli Kampung Bakar Batu mahu nelayan dibela, kediaman baharu
Tinggal di pinggir bandar Johor Bahru, penduduk Orang Asli Kampung Bakar Batu juga mahu nasib mereka tidak dipandang sepi.
![Fatwa Haram: Muhyiddin terpengaruh dengan Pas - Saifuddin Nasution Fatwa Haram: Muhyiddin terpengaruh dengan Pas - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71693964133_muhyiddin.jpg)
Fatwa Haram: Muhyiddin terpengaruh dengan Pas - Saifuddin Nasution
Tindakan Muhyiddin mengeluarkan 'fatwa politik' haram mengundi calon PH pada PRK Parlimen Pulai adalah akibat terpengaruh dengan Pas.
![PRK Pulai: Polis siasat 'fatwa' politik Muhyiddin PRK Pulai: Polis siasat 'fatwa' politik Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51693441923_MuhyiddinMohdYassi.jpg)
PRK Pulai: Polis siasat 'fatwa' politik Muhyiddin
Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kenyataan berbaur 3R (kaum, agama dan raja) itu dibuat Muhyiddin pada Sabtu lepas (2 Sept).