PRK Port Dickson: SPR sahkan Anwar layak bertanding

Arfa Yunus
Oktober 9, 2018 06:56 MYT
Anwar layak bertanding pada PRK Port Dickson, kata pengerusi SPR Azhar Harun. -Gambar fail
Datuk Seri Anwar Ibrahim layak bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Harun.
Katanya, kelayakan Anwar disahkan berdasarkan pengampunan penuh yang diberikan kepadanya oleh Yang di-Pertuan Agong.
Namun sekiranya kelayakan Anwar terus dicabar, Azhar berkata itu terpulang kepada mahkamah untuk membuat keputusan.
"SPR menerima pencalonan Anwar berdasarkan pengampunan yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong.
"Kami sedar akan satu tindakan undang-undang yang difailkan keatas beliau tetapi terpulang kepada mahkamah untuk membuat keputusan.
"Setakat ini, Anwar sah menjadi calon PRK Port Dickson dan akan bertanding," katanya dalam sidang media di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di sini, hari ini.
Sebelum ini, seorang pengundi Port Dickson, Noraziah Mohd Sharif memfailkan saman pemula bagi mencabar kelayakan Anwar bertanding.
BACA: Anwar layak bertanding - Fahmi Fadzil
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan mempertikaikan pengampunan penuh yang diberikan kepadanya Anwar kerana menurutnya Perlembagaan Persekutuan mempertikaikan seseorang layak bertanding selepas keluar penjara sekiranya diberikan pengampunan bebas.
Tambahnya, Perlembagaan Persekutuan tidak menggunakan perkataan 'pengampunan penuh'.
#Anwar Ibrahim #Azhar Harun #pengampunan penuh #PUSASDA #Pusat Latihan Asas Tentera Darat #SPR #Suruhanjaya Pilihan Raya #Takiyuddin Hassan #Yang di-Pertuan Agong