PRK Port Dickson: Rakyat bersedia terima calon bebas
Isabelle Leong
Oktober 11, 2018 22:34 MYT
Oktober 11, 2018 22:34 MYT
Calon bebas PRK Port Dickson, Lau Seck Yan berkata rakyat Port Dickson sudah bersedia menerima calon Bebas sebagai Ahli Parlimen.
Beliau menyifatkan bahawa rakyat kini sedar bahawa kerajaan Pakatan Harapan hanyalah merupakan kerajaan 'Barisan Nasional 2.0'.
"Rakyat kini juga rela mencuba dan memberi peluang kepada calon bebas kerana mereka sekarang sedar apakah kerajaan PH yang baru ini merupakan kerajaan BN 2.0? Semuanya sama, tak ada yang berbeza.
“Adakah saya seorang, tanpa jentera yang lain-lain, apakah kekurangan saya? Padahal ‘arnab’ (merujuk kepada simbol yang digunanya) boleh melompat dengan sepasang kakinya berbanding dengan calon-calon lain yang sarat dengan jentera,” katanya.
Lau menjadi panel dalam Wacana Sinar Harian ke-72 bertajuk Port Dickson Pasca PRK: Apakah Harapan Rakyat, di Dewan Karangkraf, Shah Alam pada Khamis.
#arnab
#Barisan Nasional
#Bebas
#calon
#Lau Seck Yan
#Pakatan Harapan
#PD
#pilihan raya kecil
#Port Dickson
#PRK