PRK Port Dickson: 'Ini keputusan peribadi, tiada pihak di belakang saya' - Saiful Bukhari

Astro Awani
September 28, 2018 23:11 MYT
Mohd Saiful Bukhari Azlan. Gambar fail
SAH!
Mohd Saiful Bukhari Azlan mengesahkan akan bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson sebagai calon bebas.
Bekas pembantu kepada calon Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan berkata, keputusan yang diambil itu adalah 'keputusan peribadi'.
"Saya bertanding atas keputusan peribadi ... tiada siapa di belakang saya," kata Mohd Saiful, ketika dihubungi Astro AWANI malam tadi.
Menurut Mohd Saiful, keputusan tersebut baharu sahaja dibuat dan beliau akan membuat pengumuman pada hari esok.
BACA: Pas calonkan veteran tentera untuk lawan Anwar di Port Dickson
BACA: Isa Samad umum tanding calon bebas PRK Port Dickson
BACA: Parti Rakyat Malaysia tidak gentar cabar Anwar di Port Dickson
BACA: Saingan lima penjuru di Port Dickson?
Dengan pengumuman itu, menjadikan Mohd Saiful individu keenam menawarkan diri bertanding di kerusi itu selain Anwar.
Setakat ini, bakal calon yang mengesahkan bertanding ialah pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar mewakili Pas, Ahmad Kamarudin (Parti Rakyat Malaysia), bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Abdul Samad dan personaliti media sosial Stevie Chan Keng Leong sebagai calon bebas.
#Anwar Ibrahim #Mohd Saiful Bukhari Azlan #presiden #PRK Port Dickson
;