PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Astro Awani
April 24, 2024 22:50 MYT
April 24, 2024 22:50 MYT
HULU SELANGOR: Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP Anthony Loke pada Majlis Pengumuman Calon Perpaduan PRK DUN Kuala Kubu Baharu di Hulu Selangor, pada Rabu malam.
PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan berikutan kematian Lee, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Mei sebagai hari pengundian dan Sabtu ini sebagai hari penamaan calon.
PRK DUN Kuala Kubu Baharu adalah PRK ketujuh selepas PRU15 dengan enam daripadanya dilaksanakan tahun lepas iaitu Parlimen Kuala Terengganu (Ogos), Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram (September), DUN Pelangai (Oktober), DUN Jepak (November) dan Parlimen Kemaman (Disember).