PRK KKB: PM Anwar ucap tahniah kepada calon PH, berjaya pertahan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu

Bernama
Mei 11, 2024 21:45 MYT
Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan ahli-ahli PKR pada Sambutan 25 Tahun Keadilan di Sentul Depot malam ini. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Pakatan Harapan (PH) dan Kerajaan Perpaduan atas kemenangan calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).
Calon PH Pang Sock Tao berjaya mempertahan kerusi itu dalam persaingan empat penjuru.
“Saudara Anthony Loke (Setiausaha Agung DAP), tahniah atas kemenangan di Kuala Kubu Baharu… lawan sampai menang… sekarang kita kena pertahankan kemenangan itu,” kata beliau.
Anwar, yang juga Presiden PKR, berkata demikian ketika berucap pada majlis Sambutan 25 Tahun parti itu di Depot Sentul di sini malam ini.
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.
#Pang Sock Tao #Anwar Ibrahim #Pakatan Harapan #PRK Kuala Kubu Baharu
;