PRK Jepak: Proses pengiraan undi berlangsung

Astro Awani
November 4, 2023 17:30 MYT
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membawa peti undi ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.67 Jepak di Dewan Suarah Bintulu hari ini. - Foto BERNAMA
BINTULU: Kesemua 14 pusat pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak telah ditutup bagi memulakan proses pengiraan undi.
Tiga daripadanya telah ditutup awal iaitu pada 4 petang.
Menurut Warta Kerajaan Persekutuan bagi notis di bawah Subperaturan 11(5A) Waktu Mengundi bagi PRK DUN Jepak, tiga pusat mengundi itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Annau, SK Sungai Setulan dan Tabika Kemas Kuala Segan.
Manakala baki 11 lagi pusat pengundian akan ditutup pada 5.30 petang tadi.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan keluar mengundi yang direkod setakat 4 petang ialah 46 peratus.
PRK DUN Jepak menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Iskandar Turkee, calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Chieng Lea Phing.
#PRK Jepak #pusat mengundi ditutup #proses kiraan undi bermula #SPR
;