PRK DUN Slim: Tiga calon tiba di pusat penamaan

Hasimi Muhamad
Ogos 15, 2020 09:22 MYT
Tiga calon PRK DUN Slim tiba di pusat penamaan calon. -Astro AWANI
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz, tiba di pusat penamaan calon PRK DUN Slim di Dewan Sri Tanjong, di sini, pada pukul 8.56 pagi.
Mohd Zaidi yang merupakan pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim dijangka ditentang calon Bebas dalam PRK kali ke-12 itu sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Mohd Zaidi tiba ditemani seorang penyokong dan pencadang calon sebelum memasuki dewan utama bagi proses penghantaran borang calon.
Proses penamaan calon dijadual bermula pada jam 9 pagi hingga 10 pagi.
Beberapa minit selepas itu, calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi pula tiba di pusat penamaan pada pukul 8.58 pagi.
Sebelum itu, seorang lagi calon bebas, Prof S.Sentharasekara turut dilihat hadir bagi menghantar borang pencalonan pada pukul 8.54 pagi.
PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, pada 15 Julai lalu.
Seramai 23,094 pengundi layak mengundi. Daripada jumlah itu, 22,815 ialah pengundi biasa, 277 pengundi awal polis dan dua pengundi tidak hadir (PTH) luar negara.
#Amir Khusyairi Mohamad Tanusi #calon #Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib #Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim #PRK Slim #Slim Memilih
;