PRK Cameron Highlands: Pas tidak letakkan calon - Takiyuddin

Astro Awani
Disember 19, 2018 20:28 MYT
Pas tidak akan meletakkan calon untuk bertanding pada PRK Parlimen Cameron Highlands bulan depan. - Gambar fail/Astro AWANI
Pas tidak akan meletakkan calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands bulan depan, kata Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan.
Menurut laporan Bernama, katanya keputusan itu dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Harian Pas Pusat.
Terdahulu, Suruhanjaya Pilhan Raya (SPR) hari ini mengumumkan 26 Januari 2019 sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (P.078) Cameron Highlands.
Pengerusinya Azhar Azizan Harun berkata, pengumuman itu dibuat selepas SPR menerima perakuan daripada Mahkamah Pilhan Raya mengenai pengisytiharan pembatalan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei lalu bagi kerusi berkenaan.
BACA: PRK Cameron Highlands: Hari mengundi 26 Jan, penamaan 12 Jan
PRK Cameron Highlands bakal menyaksikan 32,009 pengundi menunaikan tanggungjawab mereka di 88 saluran di 31 buah pusat mengundi.
Daripada jumlah itu, 31,750 merupakan pengundi biasa, 247 pengundi awal dan 12 orang pengundi tidak hadir luar negara.
SPR menjangkakan PRK itu akan menelan perbelanjaan sebanyak 3.5 juta ringgit.
#Cameron Highlands #PAS #pilihan raya kecil #PRK #PRK Cameron Highlands #Setiausaha Agung Pas #SPR #Suruhanjaya Pilhan Raya #Takiyuddin Hassan
;