PRK Cameron Highlands: Hari mengundi 26 Jan, penamaan 12 Jan
Fareez Azman
Disember 19, 2018 13:38 MYT
Disember 19, 2018 13:38 MYT
Suruhanjaya Pilhan Raya SPR hari ini mengumumkan 26 Januari 2019 sebagai hari mengundi bagi Pilihanraya Kecil (P.078) Cameron Highlands.
Menurut Pengerusinya Azhar Azizan Harun, pengumuman itu dibuat selepas SPR menerima perakuan daripada Mahkamah Pilhan Raya mengenai pengisytiharan pembatalan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei lalu bagi kerusi berkenaan.
“Selaras dengan perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan SPR akan mengadakan satu PRK bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan mulai 15 Disember 2018.”
“Tarikh keluar writ 19 Disember 2018 (Rabu), hari Penamaan Calon pada 12 Januari 2019 (Sabtu), hari Mengundi Awal pada 22 Januari (Selasa) dan hari Mengundi pada 26 Januari (Sabtu).
"Tempoh berkempen selama 14 hari sehingga 25 Januari 2019," katanya.
Bagi menjalankan proses Pilhanraya itu jelasnya, Pegawai Daerah Cameron Highlands, Datuk Ishak Md Napis dilantik sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil.
PRK Cameron Highlands bakal menyaksikan 32,009 pengundi menunaikan tanggungjawab mereka di 88 saluran di 31 buah pusat mengundi.
Daripada jumlah itu, 31,750 merupakan pengundi biasa, 247 pengundi awal dan 12 orang pengundi tidak hadir luar negara.
SPR menjangkakan PRK itu akan menelan perbelanjaan sebanyak 3.5 juta ringgit.
#Azhar Azizan Harun
#calon
#Cameron Highlands
#Ishak Md Napis
#Mahkamah Pilihan Raya
#pilihan raya kecil
#PRK
#SPR
#Suruhanjaya Pilihan Raya