PPBM umum bertanding 12 kerusi di Selangor
Syah Hairizal Kamalul Arifin
April 23, 2018 19:00 MYT
April 23, 2018 19:00 MYT
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Selangor mengumumkan bertanding di 12 kerusi di negeri itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Menurut Ketua Penerangan PPBM Selangor, Sallehuddin Amiruddin, parti itu akan bertanding di sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga kerusi Parlimen.
"Hasil perbincangan dengan pucuk pimpinan parti, kita telah memutuskan 12 calon ini akan mewakili parti pada PRU14 di Selangor," katanya pada satu sidang media di sini, hari ini.
Sebelum ini, PPBM negeri pernah mengusulkan untuk mendapatkan 12 kerusi DUN namun terpaksa akur dengan keputusan kepimpinan tertinggi parti.
"Memang kita minta sebanyak itu, tetapi kita akur dengan keputusan yang dibuat bagi mengambil kira permintaan parti lain dalam Pakatan Harapan," tambah Sallehuddin.
Siang tadi, dilaporkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menggantung keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang membubarkan sementara pendaftaran PPBM.
Berikut adalah senarai calon-calon PPBM Selangor bagi PRU14:
Parlimen
P092 Sabak Bernam: Kalam Salan (Naib Ketua PPBM Sabak Bernam)
P093 Sungai Besar: Mohd Ashyraf Basri
P095 Tanjung Karang: Kapten (B) Datuk Dr Zulkaferi Hanafi (Ketua Bahagian Sungai Buloh)
DUN
N01 Sungai Air Tawar: Mohd Hamizar Sulaiman
N07 Batang Kali: Harumaini Omar
N08 Sungai Burong: Mohd Azmil Misman (Ketua Bahagian Tanjung Karang)
N12 Jeram: Mohd Najib Itam Othman (Ketua Kuala Selangor)
N13 Kuang: Mejar Datuk Abd Wahid Bidin
N24 Semenyih: Mohd Rais Zulkifli
N44 Selat Klang: Datuk Abdul Rashid Asari
N51 Sijangkang: Roszani Roslan
N55 Dengkil: Adif Syan Abdullah
#calon PRU14
#MalaysiaMemilih
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#PPBM
#PPBM Selangor
#PRU14
#Sallehuddin Amiruddin