PPBM tidak mampu bawa Perak maju ke hadapan - Shamsul Anuar

Irwan Muhammad Zain
November 15, 2017 20:28 MYT
UMNO dan Barisan Nasional telah membuktikan mereka ada kemampuan untuk mentadbir dengan baik
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menasihatkan agar rakyat Perak tidak memberi kepercayaan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan sekutu mereka dalam Pakatan Harapan (PH).
Hujah Ahli Parlimen Lenggong itu, parti-parti pembangkang tidak mempunyai matlamat yang sama dan sering bertelagah sesama sendiri dalam banyak perkara.
Perkara tersebut jelas beliau akan memberi kesan pada pentadbiran jika rakyat memberi kepercayaan kepada untuk memerintah sama ada di peringkat negeri atau mengambil alih kerajaan pusat.
"Kita harus menolak parti ini (PPBM), malah bukan menolak mereka sahaja tetapi menolak semua rakan-rakan mereka dalam Pakatan Harapan kerana hakikatnya mereka tidak mampu bersatu dan tidak mampu membawa Perak maju ke hadapan," katanya kepada Astro AWANI.
Selain dari itu, Shamsul Anuar juga menyeru agar rakyat khususnya di Perak menilai perjuangan PPBM dan gabungan parti pembankang kerana jelas mereka tidak mempunyai prinsip yang jelas.
Katanya, rakyat seharusnya bijak menilai parti yang selama ini telah banyak berjasa dan telah membuktikan kemampuan mereka hingga diakui diperingkat dunia.
"Pilihan yang terbaik yang perlu dipilih oleh rakyat ialah Barisan Nasional yang secara konsisten sejak dulu lagi.
"Kita ada prinsip perjuangan, kita ada track record dan kita ada kemampuan, jadi inilah piliah terbaik rakyat berbanding PPBM," katanya lagi.
#Barisan Nasional #Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah #Malaysia #Pakatan Harapan #Perak #PPBM #UMNO
;