PPBM tetap guna logo PKR

Bernama
April 23, 2018 18:51 MYT
Muhyiddin berkata, dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu, PPBM kini bebas untuk meneruskan perjuangan. - Astro AWANI/Fail
Calon PPBM akan tetap menggunakan simbol PKR pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) walaupun mahkamah telah menggantung arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk membubarkan sementara pendaftaran parti itu, kata presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata dengan keputusan mahkamah itu, PPBM kini bebas untuk meneruskan perjuangan.
"Untuk PRU14, aturan yang dipersetujui adalah menggunakan logo tunggal iaitu PKR dan keputusan mahkamah hari ini tidak mengubah persiapan kita," katanya dalam sidang media di pejabat PPBM, di sini hari ini.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menggantung keputusan RoS sehingga permohonan semakan kehakiman difailkan parti itu diputuskan oleh mahkamah.
PRU14 akan diadakan pada 9 Mei ini. -- Bernama
#berita politik #MalaysiaMemilih #Muhyiddin Yassin #Pakatan Harapan #Parti Pribumi Bersatu Malaysia #Pendaftar Pertubuhan #Politik Malaysia #PPBM #PRU14 #ros
;