PPBM letak ahli akademik di Putrajaya, Rina di Titiwangsa
Astro Awani
April 16, 2018 11:45 MYT
April 16, 2018 11:45 MYT
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Wilayah Persekutuan telah mengumumkan dua wakilnya yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ahli akademik Datuk Dr Samsu Adabi Mamat akan bertanding di Putrajaya manakala Ketua Srikandi PPBM Rina Harun akan merebut kerusi Titiwangsa.
Pengumuman dibuat oleh Ketua PPBM Wilayah Persekutuan Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya di pejabat PPBM bahagian Putrajaya di sini pada Ahad.
Dengan pengumuman tersebut, kedua-dua kerusi ini bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru setelah Pas mengesahkan akan menghantar wakil di dua kerusi tersebut.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berjaya mengekalkan kerusi Putrajaya untuk Barisan Nasional (BN) buat kali ketiga berturut-turut apabila menewaskan calon PAS ketika itu Datuk Husam Musa dengan majoriti 5,541 undi.
Sementara itu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani menewaskan calon PAS Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi dengan majoriti 866 undi untuk memenangi kerusi parlimen Tititwangsa.
#akademik
#JOHARI ABDUL GHANI
#MalaysiaMemilih
#PPBM
#PPBM Wilayah Persekutuan
#PRU 14
#Putrajaya
#Rina Harun
#Samsu Adabi Mamat
#Tengku Adnan Tengku Mansor
#tiga penjuru
#Titiwangsa
#UMNO