PPBM bertanding 10 kerusi Parlimen, 18 kerusi DUN di Johor

Bernama
April 17, 2018 06:41 MYT
Senarai calon penuh akan diumumkan oleh Dr Mahathir Khamis ini di Pagoh. - Astro AWANI/Shahir Omar
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengesahkan akan bertanding di 10 kerusi Parlimen dan 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.
Setiausaha PPBM Johor, Datuk Osman Sapian berkata senarai calon penuh akan diumumkan oleh Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad Khamis ini di Pagoh.
"Saya boleh cakap ada empat calon wanita, dua calon Pemuda, tujuh bekas veteran UMNO manakala yang lain adalah muka baharu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas PPBM Johor di sini, pada Selasa.
Osman berkata PPBM akan bertanding kerusi DUN di Machap, Sri Medan, Bukit Pasir, Benut, Kempas, Kahang, Semarang, Bukit Kepong, Tanjung Puteri, Gambir, Parit Raja, Buloh Kasap, Permas, Bukit Permai, Puteri Wangsa, Tenang, Panti dan Endau.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan kerusi Parlimen yang akan ditandingi parti itu.
Setakat ini, Dr Mahathir telah mengumumkan Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai calon Pakatan Harapan dan PPBM untuk bertanding di Parlimen Muar.
Ini merupakan kali kedua PPBM menangguhkan pengumuman calon negeri selepas ditunda pada Ahad lepas. -- Bernama
BACA: Syed Saddiq sah cabar Razali di Muar
BACA: 'Saya nak tengok banyak mana undi UMNO di Langkawi' - Tun M
BACA: 'Jika kami gagal, buanglah kami dan pilih semula BN' - Syed Saddiq
#Johor #MalaysiaMemilih #Parti Pribumi Bersatu Malaysia #PPBM #PRU14
;