Poster provokasi: Ketua Penerangan Muda mohon maaf, sedia terima tindakan

Firdaus Azil
Februari 10, 2022 10:17 MYT
Luqman berkata, tindakan menggantung Penerangan Muda Kedah tidak bermaksud tiada kekhilafan dari pihaknya.
JOHOR BAHRU: Ketua Penerangan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Luqman Long hari ini memohon maaf atas sebuah poster kontroversi yang dikeluarkan Penerangan Muda Kedah malam semalam.
Dalam satu kenyataan, Luqman berkata, pihaknya menyedari poster itu telah menimbulkan salah faham dan tidak mematuhi prinsip jelas dalam parti.
Sebagai langkah susulan, katanya, Penerangan Muda Kedah telah digantung sepenuhnya daripada sebarang aktiviti berkaitan parti.
“Perbincangan bersama Penerangan Muda Kedah mendapati bahawa posting ini juga tidak mendapat kebenaran dan sengaja dibuat dengan niat yang tidak baik.
"Maka, saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas insiden ini.
“Sebagai langkah ke hadapan, saya telah mengambil keputusan untuk menggantung Penerangan Muda Kedah dari sebarang aktiviti berkaitan Muda,” katanya lagi.

Aku ambil tanggungjawab atas kesalahan yang dibuat tengah malam semalam. Posting itu tidak mencerminkan prinsip MUDA dan telah mengeruhkan hubungan dengan kawan-kawan Pembangkang. Aku akan serahkan kepada MUDA untuk tindakan lanjut. Minta maaf. https://t.co/xNkws0nDbP

— luqmanlong (@luqmanlong) February 10, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA SEMUA BERHUBUNG PRN JOHOR DI SINI
Semalam tular sebuah poster oleh Penerangan Muda Kedah, yang menunjukkan karakter empat individu memakai baju dengan warna rasmi parti politik – Barisan Nasional, Pakatan Harapan, Parti Keadilan Rakyat dan Perikatan Nasional.
Empat karakter itu dipotretkan bersebelahan antara satu sama lain, dengan masing-masing menghulurkan objek kepada satu sama lain, menggambarkan aktiviti rasuah, melibatkan wang dan kontrak.
Turut tertera ialah mesej berbunyi: “Hentikan korupsi. Undi dan ubah persepsi”.
Perkongsian poster tersebut, menurut sesetengah ahli parti, adalah satu bentuk provokasi yang tidak sepatutnya berlaku.
Apatah lagi selepas dua parti komponen PH, iaitu DAP dan Parti Amanah Negara, telah memberikan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Muda tandingi.

Orang tua-tua kata biar mati adat jangan mati sahabat. Sepatutnya MUDA kena pintar berpolitik menongkah arus baru. ini tidak Lawan kau lawan, kawan pun kau lawan. Macam mana rakyat nak hormat! kalau muda bawa budaya biadap! Sindiran Hakikat Sindiran pic.twitter.com/UPvSuQp5JD

— CikguSuraya (@cikgusuraya_ch) February 9, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ciapan ini telah dipadam namun saya menunggu komen dari @partimuda atau @SyedSaddiq pic.twitter.com/Ijy8YPgU0B

— Adzman Kamaruddin (@adzman86) February 9, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Johor, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, pihaknya telah menawarkan tiga lagi kerusi untuk Muda.
Dalam pada itu, Luqman berkata, tindakan menggantung Penerangan Muda Kedah tidak bermaksud tiada kekhilafan dari pihaknya.
“Ini sama sekali tidak menafikan bahawa kekhilafan dari pihak saya telah mengeruhkan hubungan yang baik antara Muda dan rakan-rakan pembangkang yang lain.
“Maka, saya memohon maaf atas kejadian yang tidak diingini ini dan bersedia mengambil tanggungjawab sebagai Ketua Penerangan Muda dengan apa-apa keputusan dan tindakan disiplin dari Muda Nasional,” katanya lagi.
#Poster provokasi #PRN Johor #Penerangan Muda Kedah #Luqman Long
;