Politik Sabah: Adun DAP setia bersama Warisan Plus
Radhi Muslim
Februari 27, 2021 20:06 MYT
Februari 27, 2021 20:06 MYT
SANDAKAN: Selepas Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah tampil menjelaskan tiada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu bertindak keluar parti.
Penjelasan itu menepis dakwaan akan ada Adun DAP dan Warisan bertindak keluar parti secara beramai-ramai.
Pemangku Pengerusi DAP Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata, DAP Sabah masih bersama-sama dengan blok pembangkang Warisan Plus yang memberi sokongan kepada Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
"Kita mengadakan sidang media ini susulan pengisytiharaan Adun Sebatik keluar parti dan kononnya akan ada lagi Adun Warisan dan DAP mengikut jejak itu (keluaar parti).
"Saya yakin bahawa semua Adun DAP dan Warisan khususnya di Sandakan tidak akan berbuat demikian.
"Kami kekal bersama Warisan Plus dan tidak akan keluar parti ini," katanya pada sidang media di Sandakan pada Sabtu.
Sehubungan itu, beliau yang juga Adun Tanjong Papat turut mengingatkan semua Adun DAP agar tidak mengkhianati undi yang diberikan rakyat.
#Politik Sabah
#Warisan Plus
#DAP Sabah bersama Warisan
#Pengerusi DAP Sabah
#Datuk Frankie Poon Ming Fung
#Datuk Seri Mohd Shafie Apdal