Politik Perak: Perhubungan UMNO Perak adakan mesyuarat malam ini

Harits Asyraf Hasnan
Disember 5, 2020 14:51 MYT
Semalam, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti sebagai Menteri Besar apabila usul undi percaya terhadap beliau yang dibentangkan pada Persidangan DUN Perak tidak mendapat sokongan majoriti ADUN. - Gambar fail
IPOH: Perhubungan UMNO Perak dilaporkan akan bermesyuarat malam ini susulan krisis politik yang melanda negeri itu.
Mesyuarat khas yang dijangka bermula 8.30 malam ini akan diadakan di Bangunan UMNO Perak di Ipoh.
Namun, pemimpin UMNO Perak masih mengunci mulut apabila ditanya berkenaan mesyuarat itu.
Mesyuarat dijangka membincangkan perkembangan politik di negeri itu termasuk mengenai jawatan Menteri Besar.
Semalam, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti sebagai Menteri Besar apabila usul undi percaya terhadap beliau yang dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak mendapat sokongan majoriti ADUN.
Dalam proses pengundian yang dijalankan secara sulit itu, usul yang dibawa ADUN Pengkalan Baharu, Datuk Abdul Manap Hashim hanya mendapat 10 undi, berbanding 48 yang tidak menyokong dan satu berkecuali.
LAPOR LANGSUNG: 'Saya akan letak jawatan dan benarkan transisi berjalan dengan baik'
#UMNO #Ipoh #politik #letak jawatan #Faizal Azumu #krisis politik Perak #politik perak
;