Politik Perak: Mungkin usaha penjajaran politik baharu UMNO - Pakar
Najib Aroff
Disember 4, 2020 16:05 MYT
Disember 4, 2020 16:05 MYT
KUALA LUMPUR: UMNO mungkin sedang menilai penjajaran politik baharu untuk menempuh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali.
"Apa yang berlaku di Perak di mana 48 ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) termasuk UMNO dan sudah tentu pembangkang tidak sokong usul (undi percaya), menunjukan bahawa UMNO dan DAP ada konsensus bahawa Perikatan Nasional (PN) Perak tidak patut diteruskan.
"Realiti politik kini adalah kerjasama politik itu tidak mustahil walaupun asasnya ada perbezaan," katanya ketika ditemubual Astro AWANI.
Dr Mazlan juga menganggap, langkah UMNO Perak itu adalah demi kelangsungan parti itu untuk masa hadapan.
"Mungkin UMNO pertimbangkan kerjasama dengan Bersatu hanya akan melemahkan UMNO sedangkan kerjasama dengan DAP pula tidak bercanggah dengan kerusi yang dimiliki UMNO.
"Tidak ada pertembungan (Parlimen dan DUN) yang perlu ditempuhi. Mungkin ini pertimbangan mereka untuk membentuk satu kerjasama yang tidak pernah kita terfikir," katanya.
Dr Mazlan berkata kerajaan baharu Perak juga akan melibatkan kerajasama parti politik kerana tiada parti yang mempunyai cukup kerusi DUN untuk menubuhkan kerajaan negeri.
Selain itu Dr Mazlan berkata konteks Perikatan Nasional itu juga perlu dikaji semula kerana hala tuju kerjasama itu tidak lagi sehaluan.
"Akhir-akhir ini Pas mengukuhkan hubungan dengan Bersatu dan sikap ini tidak disenangi UMNO.
"Hubungan akrab Pas dengan Bersatu ini menunjukan perkara itu bercanggah dgn aspirasi dan kehendak UMNO.
"Mungkin UMNO, Pas dan Bersatu boleh melihat kembali konteks kerjasama yang sednag wujud kini kerana timbulkan banyak salah faham dan menunjukan hala tuju tidak sehaluan dalam konteks tiga parti," katanya lagi.
#UMNO
#PAS
#DAP
#ADUN
#politik perak
#Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu
#Kerajaan Perak
#DUN Perak
#politik
#Bersatu
#Perak