Politik Perak: Ahmad Faizal adakan sidang media khas jam 6 petang ini
Harits Asyraf Hasnan
Disember 5, 2020 17:10 MYT
Disember 5, 2020 17:10 MYT
IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bakal mengadakan sidang media khas jam 6 petang ini di Laman Darul Ridzuan di sini.
Media tidak dimaklumkan berkenaan perkara yang akan disampaikan oleh beliau dalam sidang media itu.
Namun, media menjangkakan ia berkait kedudukan jawatan beliau selaku Menteri Besar Perak susulan krisis politik yang melanda negeri ini.
Semalam, Ahmad Faizal gagal mendapat sokongan majoriti sebagai Menteri Besar apabila usul undi percaya terhadap beliau yang dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak mendapat sokongan majoriti ADUN.
Dalam proses pengundian yang dijalankan secara sulit itu, usul yang dibawa ADUN Pengkalan Baharu, Datuk Abdul Manap Hashim hanya mendapat 10 undi, berbanding 48 yang tidak menyokong dan satu berkecuali.
#Menteri Besar Perak
#letak jawatan
#krisis politik Perak
#Menteri Besar
#politik
#Ahmad Faizal Azumu