Poket rakyat, ekonomi digital intipati pertemuan Mahathir-Anwar

Astro Awani
Mac 1, 2019 19:47 MYT
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Al-Bukhari. - Foto ihsan Pejabat Anwar Ibrahim
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Al-Bukhari, di sini.
Anwar memanfaatkan pertemuan selama 30 minit itu untuk bertukar pendapat dan idea mengenai perkembangan ekonomi digital negara dan usaha mengurangkan tekanan ekonomi yang dihadapi rakyat.
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkongsi pandangan mengenai keperluan memperhebat aspek digital ekonomi dan menyuntik dimensi baharu meneruskan kesinambungan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir.
"Bertemu Tun Dr Mahathir. Sempat memaklumkan usaha untuk memajukan sektor ekonomi digital di negara ini sekali gus meneruskan inisiatif Koridor Raya Multimedia (MSC) yang diilhamkannya," jelas Anwar dalam menerusi laman Facebook rasminya.
Pada masa yang sama, isu 'poket rakyat’ dan langkah berterusan memperkasa sosio-ekonomi masyarakat juga dibincangkan.
Perkembangan politik semasa turut disentuh ketika pertemuan kedua-dua pemimpin itu.
#Ahli Parlimen Port Dickson #Anwar bertemu Tun Mahathir #Anwar Ibrahim #Anwar jumpa PM #Digital Economy Malaysia #DNA23 #ekonomi digital #Koridor Raya Multimedia #Presiden PKR #Tun Dr Mahathir Mohamad #Yayasan Al-Bukhari
;