PN tumpu bahas Ekonomi Madani pasca PRN - Dewan Pemuda PAS

Irfan Faruqi
Ogos 14, 2023 00:13 MYT
Khairul Nadzir berkata PN akan terus membangkitkan isu berkaitan hal-hal ekonomi. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Bergerak ke hadapan pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri, Perikatan Nasional (PN) akan memberi tumpuan kepada membahas isu-isu rakyat.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Khairul Nadzir Helmi Azhar berkata, PN akan terus membangkitkan isu berkaitan subsidi rakyat, pembangunan di Kedah dan hal-hal berkaitan pertumbuhan ekonomi.
“Saya yakin sidang Parlimen akan bermula tidak lama lagi. Banyak perkara yang telah kita teliti khususnya apabila kita berdebat dan berbahas mengenai Ekonomi Madani. Bagaimana pelaksanaan kerajaan untuk kukuhkan fiskal negara.
“Contohnya pelaksanaan subsidi, bukan kita tidak setuju, tetapi apa mekanismenya? Itu yang menjadi persoalan. Pengurangan subsidi elektrik dan minyak, adakah ia selari dengan janji-janji yang telah diperkenalkan bertahun-tahun kepada rakyat, yang akhirnya apabila menjadi kerajaan tidak dilaksanakan,” katanya.

Perikatan Nasional akan memberi tumpuan kepada membahas isu-isu rakyat.#AWANInews #AgendaAWANI pic.twitter.com/T1NwyX5YZ1

— Astro AWANI (@501Awani) August 14, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
Selain itu, beliau menyatakan bahawa tumpuan PN adalah untuk meneruskan rancangan pembangunan yang telah diusahakan oleh Kerajaan PN pra-PRN.
Ini termasuk memberikan perhatian kepada agenda The Greater Kedah dan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP).
BACA: KXP: Perlu bukti kemampanan kewangan jangka masa panjang - Rafizi
#Perikatan Nasional #PAS #subsidi #rancangan pembangunan
;