PN belum tentukan lagi jumlah kerusi akan ditandingi pada PRN Sabah nanti

Bernama
Mei 5, 2024 18:02 MYT
Muhyiddin berkata PN dan Bersatu akan sertai PRN Sabah ke-17, namun soal bilangan kerusi bakal ditandingi belum lagi dibuat. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Perikatan Nasional (PN) masih belum memutuskan mengenai bilangan kerusi yang bakal ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 nanti.
Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PN dan Bersatu akan menyertai PRN Sabah ke-17, namun soal bilangan kerusi bakal ditandingi pada pilihan raya itu belum lagi dibuat masa ini kerana masih terlalu awal.
"Apa yang pasti bila PRN Sabah tiba, Bersatu dan PN akan menyertainya. Di mana dan berapa (jumlah kerusi) keputusan akan dibuat nanti. Saya tidak akan beritahu sekarang sampai peringkat waktu paling sesuai," katanya pada sidang media selepas menghadiri Konvensyen Bersatu Sabah di sini hari ini.
Beliau yang juga Presiden Bersatu berkata parti itu kini memberi fokus untuk membina semula kekuatannya di Sabah, antara lain dengan menambah keahlian dan membuka lebih banyak cawangan sebagai persediaan menghadapi PRN akan datang.
-- BERNAMA
#PRN Sabah #Muhyiddin Yassin #Perikatan Nasional #Bersatu #bilangan kerusi
;