PM panggil semua MB dan KM ke Putrajaya esok - Laporan
Astro Awani
Oktober 25, 2020 18:18 MYT
Oktober 25, 2020 18:18 MYT
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memanggil semua Menteri Besar dan Ketua Menteri ke Putrajaya untuk satu mensyuarat tergempar pada Isnin, lapor The Malaysian Insight.
Laporan TMI itu menyebut notis panggilan mesyuarat itu dikeluarkan selepas Raja-Raja Melayu selesai mengadakan pertemuan khas di Istana Negara, petang Ahad.
Sidang khas Raja-Raja Melayu diadakan selepas Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada Jumaat.
“Ya, ada mesyuarat esok antara Perdana Menteri dan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri,” kata laporan yang memetik sumber itu.
Sumber bagaimanapun menjelaskan, agenda mesyuarat berkenaan tidak didedahkan.