PM Najib pengerusikan Mesyuarat Khas MT UMNO
Bernama
Disember 6, 2017 22:27 MYT
Disember 6, 2017 22:27 MYT
Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017.
Mesyuarat yang bermula kira-kira 8.40 malam di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato' Onn turut dihadiri Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menjalankan tugas Timbalan Presiden.
Turut hadir Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak serta anggota MT UMNO.
Datuk Seri Najib akan merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) esok serta menyampaikan Ucapan Dasar Presiden kepada 5,739 perwakilan dari seluruh negara.
Perhimpunan tahunan parti yang bermula semalam akan berakhir Sabtu ini.
-- BERNAMA
#Hishammuddin Hussein
#majlis tertinggi
#menteri
#Merdeka
#Mesyuarat Khas MT UMNO
#MT UMNO
#Najib Razak
#PAU
#PAU14
#Perdana Menteri
#perhimpunan
#Perhimpunan Agung UMNO
#PM
#PRU14
#PWTC
#Tengku Adnan
#UMNO
#Zahid Hamidi