PM Najib pengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN

Bernama
September 23, 2016 09:02 MYT
Mesyuarat itu antara lain akan membincangkan usul persempadanan semula kawasan pilihan raya dan hal-hal berkaitan parti komponen BN. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Dato' Onn di sini.
Ketibaan Najib, yang juga Pengerusi BN dan Presiden UMNO, pada 4 petang disambut barisan kepimpinan komponen BN.
Antara yang hadir pada mesyuarat itu ialah Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Tan Sri Joseph Kurup, Pengerusi MyPPP Tan Sri M.Kayveas dan Pengerusi BN Sarawak Tan Sri Adenan Satem.
Tengku Adnan sebelum ini dilaporkan berkata bahawa mesyuarat itu antara lain akan membincangkan usul persempadanan semula kawasan pilihan raya dan hal-hal berkaitan parti komponen BN. - BERNAMA
#Liow Tiong Lai #mah siew keong #Menara Dato' Onn #Najib Tun Razak #S.Subramaniam #Tengku Adnab Tengku Mansor