PM, Menteri Kabinet dan Ahli Parlimen hadir taklimat khas mengenai RUU Antilompat Parti
Fareez Azman
April 10, 2022 17:48 MYT
April 10, 2022 17:48 MYT
PUTRAJAYA: Beberapa Ahli Parlimen dan Menteri Kabinet dilihat tiba di Dewan Sri Endon di sini petang ini bagi mengikuti taklimat khas mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Antliompat Parti.
Pemerhatian Astro AWANI sejak jam 4.00 petang tadi mendapati rata-rata Menteri dan Ahli Parlimen yang tiba adalah daripada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
Antara dilihat hadir, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim; dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.
Turut menyusul, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad; Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.
Ahli Parlimen yang hadir pula antaranya Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung mokhtar Radin; Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamaruddin Jaafar; Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman; dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.
Bagaimanapun tiada kelihatan Ahli Parlimen daripada pihak pembangkang untuk menghadiri taklimat terbuka itu.
Taklimat itu dijadualkan bermula jam 4.30 petang yang akan dimulakan dengan taklimat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan kemudiannya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
#taklimat
#RUU
#anti lompat parti
#ahli Parlimen
#pembangkang
#menteri Kabinet
#Putrajaya
#PN
#BN
#Antilompat parti