PM ke-9: Ahli Kabinet baharu harus mahir dan berkaliber - Ketua UMNO Maran

Eton Khir
Ogos 21, 2021 13:00 MYT
Menurut Shahaniza, strategi pelaksanaan penting dalam memastikan kedudukan institusi kerajaan UMNO kukuh dan diperkasakan di mata rakyat. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pemilihan Ahli Kabinet baharu yang mahir dan berkaliber adalah penting bagi menerajui kerajaan yang lebih baik di masa akan datang.
Ketua UMNO Maran merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, Kerajaan yang akan diterajui Perdana Menteri kesembilan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sangat mencabar dan perlu ditadbir urus sebagai sebuah Kerajaan yang mengutamakan pandangan dan suara rakyat.
"Pemilihan anggota Kabinet juga perlu dipilih dalam kalangan Ahli-ahli Parlimen atau Ahli-ahli Dewan Negara atau Dewan Rakyat, yang betul-betul berkaliber. Kita bukan sekadar meletakkan beliau untuk menjadi Menteri di satu-satu Kementerian tetapi haruslah mahir dan berkeupayaan serta mampu memberi kekuatan kepada Kabinet tersebut,” katanya dalam temu bual Buletin AWANI Khas yang disiarkan di sini, pada Sabtu.
Menurut Shahaniza, kejayaan sesebuah kabinet itu bergantung kepada kerjasama dan Ahli Kabinet yang perlu memainkan peranan dan tanggungjawab mereka dengan telus demi kepentingan rakyat.
PM ke-9 | Pelantikan Ismail Sabri selaras perlembagaan
Di samping itu, strategi pelaksanaan penting dalam memastikan kedudukan institusi kerajaan UMNO kukuh dan diperkasakan di mata rakyat. Negara juga perlu ditadbir secara strategik agar pentadbiran baharu ini dapat membawa negara ke landasan ekonomi yang betul dan dapat mengawal penularan pandemik COVID-19, tambahnya.
[INFOGRAFIK] Profil Datuk Seri Ismail Sabri
"Perlu juga mempunyai satu idea baharu disusuli dengan tindakan-tindakan yang pantas. Rakyat mahu apabila sesuatu itu diumumkan, kerajaan sudah bersedia untuk melaksanakannya, bukan untuk menunggu lagi,” katanya.
AWANI Ringkas: PM ke-9 angkat sumpah hari ini | Tambah baik sistem pendidikan terjejas COVID-19
Shahaniza turut berkata, dengan situasi pandemik ketika ini, ramai rakyat yang tertekan dengan kehilangan pekerjaan, tekanan mental serta isu ubat-ubat dan kadar pemberian vaksinasi juga harus mendapat tempat dalam kalangan Ahli-ahli Kabinet.
Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada Jumaat berkenan melantik Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9.
#ismail sabri yaakob #UMNO #kabinet #Yang di-Pertuan Agong #Muhyiddin Yassin #Pahang #Parlimen #Perdana Menteri
;