PM ke-10: Ini janji Anwar
Astro Awani
November 24, 2022 23:57 MYT
November 24, 2022 23:57 MYT
PERDANA Menteri baharu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Khamis malam, mengadakan sidang media pertama selepas mengangkat sumpah jawatan berkenaan pada sebelah petang.
Ini adalah antara inti pati sidang media berkenaan yang diadakan di Sungai Long Golf and Country Club di Kajang, pada Khamis.
- Komited mempertahankan Perlembagaan - Bahasa Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi negara dan kedudukan Raja-Raja Melayu, hak keistimewaan kaum Melayu tanpa meminggirkan hak kaum Cina, India, suku kaum Sabah dan Sarawak serta Orang Asli.
- Pemerintahan dibentuk dengan dukungan padu dan mantap dari tiga gabungan terbesar iaitu Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak.
- Kerajaan akan menjamin dan menjaga hak semua rakyat Malaysia khususnya golongan yang terpinggir dan melarat tanpa kira bangsa dan agama.
- Fokus nombor satu saat ini adalah agenda pengukuhan ekonomi.
- Melawan rasuah dan penyelewengan secara serius dan habis-habisan dengan menggerakkan agenda reformasi tatakelola (‘governance’) pemerintahan.
- Usul Undi Percaya akan menjadi agenda pertama sewaktu Sidang Dewan Rakyat pada 19 Disember ini.
- Tetap menolak untuk menerima gaji sebagai Perdana Menteri.
- Isnin, 28 November 2022 ini adalah cuti umum di seluruh negara.