PM ke-10: Harap Anwar baiki ekonomi rakyat, negara - Ahmad Maslan

Afiezy Azaman
November 24, 2022 17:58 MYT
Perdana Menteri yang baru dilantik, Datuk Seri Anwar Ibrahim diharap memperbaiki ekonomi rakyat dan negara. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri yang baru dilantik, Datuk Seri Anwar Ibrahim diharap memperbaiki ekonomi rakyat dan negara.
Itu antara harapan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, sejurus Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu selesai mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10 di Istana Negara.
"Anwar diharap perbaiki ekonomi rakyat, negara dan basmi kemiskinan fokus utama.
"Kos sara hidup mesti dikurangkan, pendapatan kerajaan mesti ditambah. Pendidikan dan kemahiran tinggi
orang muda.
"Bangunkan kawasan desa. Adil kepada semua kaum. Hebatkan Malaysia di peringkat antarabangsa," katanya dalam melalui ciapan di Twitter, pada Khamis.

YAB DS @anwaribrahim: Harap perbaiki ekonomi rakyat & ekonomi negara. Basmi kemiskinan fokus utama. Kos hidup mesti dikurangkan. Pendapatan Kjaan mesti ditambah. Pendidikan & kemahiran tinggi org muda. Bangunkan kws desa. Adil kpd semua kaum. Hebatkan #Malaysia pkt antarabangsa. pic.twitter.com/ddR7p5HkKw

— Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) November 24, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 di sini, 5.06 petang.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini, selesai menzahirkan Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10 kepada Anwar, 75, di Istana Negara.
#Anwar Ibrahim #Anwar PM ke-10 #Istana Negara #Ahmad Maslan
;