PM hadiri Mesyuarat Khas MKT UMNO

Astro Awani
Ogos 27, 2022 22:16 MYT
Mesyuarat bermula pada jam 8.30 malam itu dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. - Gambar/ Twitter Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato' Onn, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) pada malam ini.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam ciapan Twitternya berkata, mesyuarat yang bermula jam 8.30 malam itu dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Turut hadir, Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO tidak hadir ke sesi Taklimat Khas Presiden UMNO pada petang tadi kerana menghadiri program di Pahang.

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi MKT #UMNO di Menara Dato Onn, WTCKL, jam 8.30 mlm pada Sabtu 27/8/22 dipengerusikan DS @DrZahidHamidi. Bersama hadir Timb Presiden @tokmatn9, YAB #PerdanaMenteri @IsmailSabri60, dll Ahli MKT. pic.twitter.com/obbE4JzGFC

— Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) August 27, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#mesyuarat khas MKT UMNO #ismail sabri yaakob #Zahid Hamidi #bukar parlimen
;