PM baharu perlu pastikan politik lebih stabil - MB Selangor
Raja Hisyam Raja Zaid
Ogos 19, 2021 16:42 MYT
Ogos 19, 2021 16:42 MYT
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri yang bakal dilantik diharap akan mampu menumpukan usaha ke arah mewujudkan Kerajaan yang lebih stabil bagi menangani penularan pandemik COVID-19 dan juga ekonomi yang kritikal ketika ini.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, berpendapat Kerajaan yang stabil dapat menjurus kepada pencarian solusi yang ampuh untuk menangani cabaran yang didepani Kerajaan.
‘’Harapan saya agar semua pimpinan parti-parti bersikap terbuka.
‘’Siapa sahaja yang terpilih mempunyai majoriti yang tipis dan pihak yang kalah juga adalah dengan jumlah yang tipis. Justeru saya harap semua pimpinan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan lain-lain dapat duduk semeja selesaikan hal ini," katanya dalam satu sidang media secara maya di sini, pada Khamis.
Jelasnya lagi, pendekatan yang diambil oleh Kerajaan sebelum ini telah menunjukan bahawa ia tidak begitu berjaya dan perubahan perlu dilakukan untuk mencapai penyelesaian yang lebih baik.
#Amirudin Shari
#PM kesembilan
#COVID-19
#Barisan Nasional
#Kerajaan Perpaduan
#Pakatan Harapan
#Perikatan Nasional