PM Anwar ketuai angkat sumpah Ahli Parlimen

Faida Rahim
Disember 19, 2022 11:03 MYT
Anwar mengetuai majlis angkat sumpah Ahli-Ahli Parlimen bermula jam 10 pagi Isnin. -Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai majlis angkat sumpah 222 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat bermula jam 10 pagi tadi.
Ia kemudian diikuti dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Petrajaya, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Seterusnya disusuli Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke serta Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu yang juga Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) sebelum majlis angkat sumpah dibuka kepada Ahli Parlimen kerajaan diikuti Ahli Parlimen dari blok pembangkang.
Majlis angkat sumpah ini menyusul selepas pemilihan Speaker Dewan Rakyat baharu Datuk Johari Abdul sebagai menggantikan Tan Sri Azhar Azizan yang mengosongkan kerusi itu pada 2 Disember lalu.
#Anthony Loke #Dewan Rakyat #Anwar Ibrahim #Parlimen
;