PKR umum kerusi dan calon PRN Sarawak esok

Bernama
April 4, 2016 11:19 MYT
WAN AZIZAH: "Ia (senarai calon) akan diputuskan selepas Majlis Presiden, bermesyuarat." - Gambar fail
Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memutuskan jumlah kerusi dan senarai calon yang akan bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak ke-11 pada mesyuarat Majlis Presiden yang dijadualkan esok.
"Ia akan diputuskan selepas Majlis Presiden bermesyuarat," kata Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kepada wartawan di lobi Parlimen di sini hari ini.
Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan pada April 11 ini bagi memberi laluan kepada PRN Sarawak yang dijangka diadakan seawal-awalnya akhir bulan ini.
#Parti Keadilan Rakyat #Pilihan Raya Sarawak PRN11 #PilihanRayaSarawak #PKR #Wan Azizah Wan Ismail