PKR tidak bincang calon Perdana Menteri interim - Fahmi Fadzil

Umavathi Ramayah
Ogos 11, 2021 17:45 MYT
Fahmi memberitahu, tiada sebarang perbincangan mengenai pencalonan jawatan Perdana Menteri interim. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: PKR mengesahkan tidak mengadakan sebarang perbincangan mengenai pencalonan mana-mana individu daripada parti itu bagi jawatan Perdana Menteri interim.
Pengarah komunikasinya, Fahmi Fadzil, berkata jawatan Perdana Menteri interim sebenarnya tiada dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan hanya boleh terlaksana setelah Parlimen terbubar.
"Parti tidak mengadakan perbincangan (mengenai Perdana Menteri interim) sebelum ini. Ini (perbincangan) melibatkan (sokongan) Ahli-Ahli Parlimen (sahaja). Jadi kita belum sampai ke tahap itu.
"Perjalanannya masih lagi jauh kalau kita merujuk kepada Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan dan Perlembangan sudah cukup jelas menerangkan mengenai permilihan dan perletakan jawatan seorang Perdana Menteri," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Rabu.
Majoriti Kerajaan | Speaker nafi maklumkan kerajaan hilang majoriti
Mengulas lanjut, Fahmi menjelaskan, hanya seorang Ahli Parlimen yang diyakini dan mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat layak dipilih sebagai Perdana Menteri.
"Sekarang, jelas sekali Tan Sri Muhyiddin Yassin hilang sokongan majoriti dan kita berharap beliau akan menghormati dan patuh kepada Perlembagaan.
"Kita ahli-ahli Dewan Rakyat telah angkat sumpah untuk melindungi dan mematuhi Perlembagaan. Sekiranya beliau enggan, ini satu perkara yang melanggar Perlembagaan," ujarnya lagi.
BACA: Speaker Dewan Rakyat nafi maklumkan kepada Muhyiddin Kerajaan sudah tiada majoriti
BACA: UMNO sahkan utus dua warkah kepada Agong, lampir 14 nama ahli Parlimen
Sebelum ini, PKR mengesahkan partinya telah mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong menolak Perdana Menteri.
Malaysiakini yang memetik sumber, melaporkan kesemua 105 Ahli Parlimen daripada Pejuang, DAP, PKR, Warisan, Parti Sarawak Bersatu, Muda, Amanah dan Maszlee Malik (Bebas) menghantar warkah menolak Muhyiddin.
#Muhyiddin Yassin #Yang di-Pertuan Agong #Perdana Menteri #Dewan Rakyat #Warisan #PKR #Parlimen #Perdana Menteri Interim #calon perdana menteri
;