PKR terus beri sokongan padu kepada kepimpinan Tun Mahathir - Anwar
Bernama
Julai 19, 2019 23:57 MYT
Julai 19, 2019 23:57 MYT
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan parti itu sejak awal penubuhan Pakatan Harapan (PH) sehingga penubuhan kerajaan dan kini tetap memberi sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Anwar berkata negara memerlukan parti komponen yang kuat dalam PH dan persefahaman di kalangan anggota parti adalah penting.
"Negara hari ini perlukan Keadilan yang kuat, Bersatu yang kuat, Amanah serta DAP yang kuat... dalam gabungan ini bukan kerajaan Keadilan tetapi kerajaan PH maknanya persefahaman antara kita sangat penting," katanya dalam ucapan pada program Temurapat Majlis Pimpinan Pusat Keadilan sesi 2018/2021 di sini, malam ini.
Turut hadir Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta barisan pimpinan PKR pusat dan negeri.
Anwar berkata gabungan itu perlu kekuatan baharu, suntikan, peranan serta semangat Tun Mahathir untuk bersama-sama berjuang.
-- BERNAMA
#Anwar Ibrahim
#kerajaan
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#parti komponen
#PKR
#sokongan padu
#Wan Azizah Wan Ismail