PKR setuju tangguh PRN Sarawak sekiranya kesihatan, keselamatan rakyat membimbangkan
Bernama
November 13, 2021 16:15 MYT
November 13, 2021 16:15 MYT
SHAH ALAM: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju jika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 ditangguhkan, sekiranya keadaan kesihatan dan keselamatan rakyat membimbangkan susulan penularan COVID-19.
"(Penangguhan PRN Sarawak) perlu ada perbincangan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan. Kalau kesihatan membimbangkan, saya bersetuju. Jadi kita nak lihat data dan sainsnya," katanya pada sidang media Townhall Undi 18 Wacana Pemacuan Undi 18 Negeri Selangor, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas pertanyaan pemberita berhubung tindakan PKR Sarawak semalam, yang dikatakan telah menghantar rayuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan PRN negeri itu.
Semalam, sebuah media melaporkan PKR Sarawak telah menghantar rayuan kepada SPR untuk menangguhkan PRN negeri itu ke tahun hadapan, susulan peningkatan kes positif bahuru dan kematian akibat penularan COVID-19 di dalam negara.
-- BERNAMA