PKR Selangor sedang mengadakan mesyuarat tergempar?

Astro Awani
April 25, 2018 18:24 MYT
Mesyuarat tergempar PKR Selangor menyentuh beberapa isu melibatkan beberapa pertukaran calon di beberapa kerusi - Gambar fail
Parti Keadilan Rakyat negeri Selangor dilapor sedang mengadakan mesyuarat tergempar berhubung isu calon dan kerusi-kerusi tertentu.
Astro AWANI difahamkan mesyuarat tersebut berlangsung sejak pukul tiga petang tadi dan ia berlangsung dalam suasana harmoni.
Menurut sumber, mesyuarat tersebut bagi menyelesaikan beberapa isu berbangkit melibatkan pertukaran calon di beberapa kerusi yang disifatkan 'panas'.
Astro AWANI sedang mendapatkan butiran lanjut daripada PKR Selangor mengenai butiran tersebut.
Menurut sumber Astro AWANI, buat masa ini calon DUN Kota Anggerik dan Seri Setia bakal berubah. Setakat 7 malam tadi, mesyuarat masih berlangsung.
#Anwar Ibrahim #Azmin Ali #Dr Wan Azizah Wan Ismail #isu semasa #Malaysia Memilih #Pakatan Harapan #Parti Keadilan Rakyat #PKR Kota Damansara #pkr selangor #PRU14 #Rampas Selangor
;