PKR pecat Ketua Cabang Seputeh
Astro Awani
Julai 17, 2019 22:04 MYT
Julai 17, 2019 22:04 MYT
Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini telah memecat keanggotaan Ketua Cabang Seputeh, Ganapathy Ponnusamy.
Tindakan itu dibuat selepas Lembaga Disiplin mendapati beliau telah beberapa kali menyebarkan dan memuat naik berita yang tidak benar di laman sosial, memfitnah serta membuat sangkaan jahat kepada pemimpin-pemimpin parti.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Lembaga Disiplin parti, Ganapathy telah didapati melanggar Kod Tataetika Anggota, Perkara 10.2.2, iaitu “Membuat kenyataan umum yang tidak benar berbentuk fitnah terhadap mana-mana anggota parti dengan niat untuk memalukan, menjatuhkan maruah, merosakkan reputasi dan keperibadian anggota tersebut atau untuk menyebabkan kehilangan jawatan, pangkat atau kedudukan."
Pemecatan tersebut dilakukan selepas Lembaga Disiplin menjalankan proses siasatan dan memanggil beliau untuk pendengaran sebagaimana yang ditetapkan oleh tatacara disiplin parti.
#disiplin
#fitnah
#Ganapathy a l Ponnusamy
#laman sosial
#Lembaga Disiplin
#Parti Keadilan Rakyat
#PKR
#siasatan