PKR nafi Anwar menghadap Agong

Hilmi Malik
Julai 31, 2021 16:03 MYT
Fahmi mohon kerjasama media untuk mendapatkan maklumat yang sahih dari sumber yang tepat sebelum menyiarkan berita untuk mengelak sebarang kekeliruan atau salah faham. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil berkata, beberapa laporan yang memetik sumber tidak dinamakan itu adalah tidak benar sama sekali.
“Beberapa portal berita telah memetik sumber yang tidak dinamakan mendakwa bahawa Presiden Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hari ini.
“Ini adalah berita tidak benar,” katanya menerusi satu kenyataan ringkas pada Sabtu.
#Anwar Ibrahim #PKR #pembangkang #Fahmi Fadzil #Agong #Istana Negara
;