'PKR harus pilih parti mana sebagai rakan seperjuangan' - Pemuda PAS

Hafiz Marzukhi
Jun 3, 2016 08:53 MYT
"PKR harus memilih secara jelas, parti mana yang ingin terus dijadikan sebagai rakan seperjuangan," kata Ahmad Fadhli yang juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat. - Gambar fail
PKR harus mengumumkan pendirian mereka sama ada mereka ingin terus bekerjasama dengan PAS atau DAP.
Perwakilan Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Fadhli Sa'ari berkata tidak mungkin PAS dapat menjalinkan hubungan politik dengan sebuah parti yang membantu musuhnya.
"Mana mungkin kita boleh terus bekerjasama?
"PKR harus memilih secara jelas, parti mana yang ingin terus dijadikan sebagai rakan seperjuangan," kata Ahmad Fadhli yang juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat.
Beliau merujuk kepada tindakan PKR yang menyokong Parti Amanah Negara (Amanah) apabila majlis pengumuman calon bagi Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dihadiri Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Ahmad Fadhli turut menasihatkan ahli-ahli Amanah untuk kembali kepada PAS.
"Daripada hanya memuat naik perkembangan melalui laman media sosial, lebih baik golongan ini (Amanah) mengisi borang keahlian dan kembali kepada PAS.
#Ahmad Fadhli Sa'ari #PKR harus umum pendirian mereka sama ada ingin bekerjasama dengan PAS atau DAP #Wan Azizah Wan Ismail
;