Parti Keadilan Rakyat boleh memastikan Tun Dr Mahathir Mohamad mengotakan janjinya untuk menyerahkan jawatan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim jika membentuk kerajaan sekali lagi, kata Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke.
Loke berkata, sebagai sebuah parti yang mempunyai 38 ahli parlimen, PKR boleh menarik balik sokongan sekiranya Dr Mahathir enggan mengotakan janjinya.
"Sudah tentu, orang boleh mempersoalkan apakah beliau (Mahathir) akan menepati janjinya. Jawapan kami adalah bahawa dalam masa enam bulan lagi, ada mekanisme untuk memastikan beliau berundur.
"PKR ada 38 wakil parlimen. Tanpa mereka, Mahathir tidak dapat meneruskan pemerintahan.
"Setiap parti (komponen PH) akan dapat menjatuhkan kerajaan jika mereka menarik sokongan. Sekiranya janji itu tidak ditepati (oleh Mahathir), PKR mempunyai pilihan untuk memaksa pilihan raya pada waktu itu," katanya kepada Malaysiakini.
Dalam temubual tersebut, Loke menjelaskan DAP cenderung untuk belajar dari kesilapan masa lalu daripada menuding jari siapa yang bertanggungjawab atas kejatuhan kerajaannya pada Februari lalu.
“Sudah pasti jika saling menyalahkan, semua akan menyalahkan satu sama lain. Kami sedia belajar dari kesilapan lalu dan teruskan.
“Jika mahu saling menyalahkan, sebelah pihak akan salahkan Dr Mahathir, dan pihak satu lagi akan salahkan yang lain. Tidak akan ada penghujung.
“Saya tidak amenyatakan beliau tidak membuat sebarang kesilapan. Kami sudah maklumkan kepadnaya beliau meletakkan jawatan tanpa merujuk sesiapa dan itu menyebabkan kejatuhan kerajaan,” katanya,
DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) dilaporkan bersetuju untuk sekali lagi memilih Dr Mahathir sebagai perdana menteri manakala Anwar pula menggalas jawatan timbalan perdana menteri.
Gabungan Mahathir dan Anwar dicadangkan setelah cadangan pertama mengandingkan Anwar dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak dipersetujui Warisan yang juga sekutu Pakatan Harapan.
Astro Awani
Thu Jun 18 2020
![PKR boleh pastikan Dr Mahathir kotakan janji - DAP PKR boleh pastikan Dr Mahathir kotakan janji - DAP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/71567399647_ANTHONYLOKE.jpg)
Loke menjelaskan DAP cenderung untuk belajar dari kesilapan masa lalu daripada menuding jari siapa yang bertanggungjawab atas kejatuhan kerajaannya pada Februari lalu. - Gambar Fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703418809_AMANAH.jpg)
Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.
![PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719407016_tbMohamadSabu.jpg)
PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan
Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan tidak turun padang bersama jentera Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bermula Sabtu lepas.
![PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713694614_TBDZULKEFLY.jpg)
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
![Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709966069_tbMohamadSabu.jpg)
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
![Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708775178_amanah.jpg)
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
![Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707986177_TBMohamadSabujp.jpg)
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
!['Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan' 'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707946767_PermohonanMaaf.jpg)
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.
![Keputusan kes Nik Elin: Amanah gesa henti sentimen politik Keputusan kes Nik Elin: Amanah gesa henti sentimen politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707543740_nikelin.jpg)
Keputusan kes Nik Elin: Amanah gesa henti sentimen politik
Amanah menggesa mana-mana pihak untuk tidak menjadikan keputusan mahkamah terhadap kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid sebagai sentimen politik.
![Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707130355_IsteriKhalidAbdulS.jpg)
Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia
Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad meninggal dunia di sini pada Isnin.
![Mahfuz, Dr Hatta dilantik Naib Presiden Amanah Mahfuz, Dr Hatta dilantik Naib Presiden Amanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704614736_MahfuzDrHatta.jpg)
Mahfuz, Dr Hatta dilantik Naib Presiden Amanah
Pelantikan baharu itu turut menyaksikan Muhammad Faiz Fadzil menggalas jawatan Setiausaha Agung parti.