PKR akan failkan injuksi terhadap TH, KWSP dan KWAP untuk halang dari melabur dalam 1MDB
Astro Awani
Mei 22, 2015 14:07 MYT
Mei 22, 2015 14:07 MYT
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan dua lagi pemimpin PKR akan memfailkan injunksi terhadap agensi-agensi berkaitan kerajaan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Tabung Haji (TH), untuk menghalang mereka daripada melabur dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikatnya.
Rafizi berkata beliau akan memfailkan injuksi tersebut Jumaat depan sebagai penyimpan dalam KWSP dan dana simpanan jemaah.
Selain dari dua agensi, Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) juga telah melabur dalam 1MDB dan anak syarikatnya.
Rafizi berkata dua pemimpin PKR yang lain, ahli parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul dan bekas Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, akan memfailkan injunksi terhadap KWAP.
"Perintah terhadap KWSP, Tabung Haji dan KWAP dijangka akan difailkan pada 29 Mei atas dasar bahawa pengurusan dana telah cuai, leka dan cuai dalam pelaburan mereka dalam 1MDB yang mendedahkan pendeposit dan penyumbang kepada kerugian berisiko," katanya yang juga pengasas NGO Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) dalam satu kenyataan media pada Khamis.
KWAP mempunyai RM1.4 bilion pelaburan dan pegangan dalam 1MDB dan anak syarikatnya, manakala KWSP melabur RM1.52 bilion dalam anak syarikat 1MDB.
TH mempunyai bon RM920 juta dalam pembangunan hartanah Bandar Malaysia milik 1MDB dan bulan lepas, membeli sebidang tanah di Tun Razak Exchange (TRX), juga projek pembangunan milik 1MDB.
Katanya NOW, dengan sokongan beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat, akan melancarkan kempen yang dipanggil "Tutup 1MDB, Kembalikan Wang Rakyat".
Antara perancangan yang disusun termasuk melantik sebuah firma penyelidikan bebas untuk meninjau jika pendeposit daripada tiga agensi mahu mereka melepaskan semua pelaburan sedia ada dalam 1MDB, dan untuk menentukan sama ada orang ramai mahu 1MDB ditutup.
Taklimat pertama akan diadakan pada 3 Jun di Auditorium MPAJ, Pandan Indah, Kuala Lumpur jam 8.30 malam.
Rafizi juga meminta orang ramai menyumbangkan sebanyak RM10 setiap orang untuk mendapatkan RM20,000 bagi NOW menanggung kos undang-undang, dan juga kajian.
"Hanya dengan tindakan proaktif daripada orang yang kita boleh memastikan simpanan rakyat dalam dana ini tidak akan berterusan diseret untuk menyelesaikan skandal kewangan 1MDB," katanya.