Pimpinan tertinggi PKR dan DAP tidak kelihatan di Muktamar PAS
Irwan Muhammad Zain
September 18, 2014 11:22 MYT
September 18, 2014 11:22 MYT
Kelibat pemimpin tertinggi PKR dan DAP tidak kelihatan ketika perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor, hari ini.
Tidak seperti muktamar sebelum ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak kelihatan.
Pemimpin tertinggi DAP seperti Ketua Parlimennya, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng juga tidak hadir.
PKR hanya menghantar wakil Naib Presiden mereka Chua Tian Chang dan Shamsul Iskandar Mat Akin, manakala DAP pula cuma diwakili ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong.
Ketidakhadiran pemimpin tertinggi PKR dan DAP ini dipercayai ada hubungkait dengan krisis Menteri Besar Selangor yang menyebabkan berlaku pergeseran dalam Pakatan Rakyat.
Tindakan PAS yang enggan menerima pencalonan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu mengecewakan PKR dan DAP.